Pages

Sunday, September 8, 2013

Aku & Spoiler


Aku & Spoiler

Pernahkah korang diganggu SPOILER ? Mereka ada di mana saja macam seekor semut dan sentiasa mengganggu korang menonton movies dengan bertindak sebagai Narrator.Mereka akan menceritakan apa yang akan terjadi 10 minit, 30 minit atau episod yang akan datang.Tak perlulah korang berasa tertanya-tanya apa yang akan terjadi pada episod yang akan datang,kerana mereka sentiasa ada di sisi untuk membantu....



P/S: Kadang-kadang aku pun memainkan peranan sebagai SPOILER....  ^.^

Artwork 3


Artwork 3



Masa Yang Digunakan Untuk Menyiapkan = 1jam 20minit

Alatan Yang Digunakan = Pensil mekanikal,pembaris,pen lukisan dan pemadam

Media Yang Digunakan = Manga Studio 5 EX

Wednesday, September 4, 2013

Artwork 2


Artwork 2




Masa Yang Digunakan Untuk Menyiapkan = 45 minit

Alatan Yang Digunakan = Pensil mekanikal,pembaris,pen lukisan dan pemadam

Media Yang Digunakan = Manga Studio 5 EX

Cara Melukis Kepala (Lelaki Dewasa)


Cara Melukis Kepala (Lelaki Dewasa)

Cara melukis kepala yang betul amat penting untuk memastikan kepala itu sesuai dengan badan dan tidak senget . 

STEP 1

Lukis kan bulatan.Bulatan tu tak perlulah cantik sangat ,cukup la kalau korang boleh nampak ada bentuk bulatan.Tapi kalau bulatan tu cantik lagi bagus,nanti lagi senang korang nak lukis mata dan lain-lain.Lepas tu buat garisan menegak dan mendatar. Lebih kurang macam lukis pizza la.

STEP 2

Dibahagian bawah separuh pizza bulatan yang dilukis tadi,lukis lagi 3 bulatan yang sama jaraknya
 STEP 3

Seterusnya lukis garisan menegak kebawah untuk melukis dagu dan sebagai guideline untuk garisan symmetri kepala.,Jarak antara bawah bulatan dan bawah dagu adalah separuh bulatan
 STEP 4

Garisan-garisan tadi gunanya untuk letakkan mata,hidung,mulut dan telinga di tempat yang betul.Tak semestinya korang perlu ikut ukuran yang ada dalam gambar ni, BE CREATIVE. Korang boleh cipta sendiri posisi yang lebih sesuai
STEP 5
Akhir sekali korang tambah rambut dan jadi la sebuah kepala ^.^. Mesti korang berfikir kenapa aku buat banyak garisan yang tak berguna hanya untuk lukis sebuah muka. Jawapannnya,garisan-garisan ini sangat penting untuk melatih kita meletakkan semua bahagian muka secara betul dan symmetri.Ada jugak yang cakap lukis garisan ini buang masa, tp cuba korang lukis tanpa guna cara ni.Mesti lagi lambat dan akan jadi senget dan tak cantik.Lain la korang adalah Masashi Kishimoto atau Akira Toriyama yang telah melukis berjuta-juta lukisan.Alamak,baru aku perasan,banyaknye lukisan yang senget..........hehehe.Apa-apa pun pedulikan lukisan, yang penting korang faham teknik yang aku ingin sampaikan.

SELAMAT MENCUBA ^.^

P/S: Teringin nak jumpa Masashi Kishimoto dan paksa dia hidupkan watak Jiraiya,Itachi dan Yondaime   T.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Me